Advertisement
Thursday, 18 March 2010
WELCOME TO MEDEC UiTM PERLIS---
Pengenalan
 
Menu Utama
Program/Aktiviti
Call For Papers
EMIC
Kursus
EDP
SUS
LKS
KAKS
SIG
Tunas Mekar
Unit
Unit Sumber
Unit Latihan
Unit Pendidikan
Unit Enterprais
Unit Pembudayaan
Link
Rujukan
Kedai KUSIS
LOGIN FORM





Lost Password?
No account yet? Register
Random Image
slide9.jpg
Who's Online


---
Pengenalan Print E-mail
Friday, 16 January 2009

Pengenalan

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) telah ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah pengelolaan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Penubuhan MEDEC adalah bertujuan untuk merancang dan mengendalikan program-program pendidikan, latihan, penyelidikan, konsultansi dan khidmat nasihat keusahawanan. 

Tujuannya adalah untuk menjadi satu-satunya pusat pengajian dan pembangunan keusahawanan yang berpengkalan di institusi pengajian tinggi melalui mengembangkan ilmu keusahawanan dan membangunkan usahawan berkualiti. 

Pada hakikatnya MEDEC mempunyai satu prinsip iaitu berpegang kepada falsafah bahawa bakal usahawan boleh dibentuk dan dibangunkan jika diberi ilmu pengetahuan, diterap keterampilan, dimantapkan nilai dan sikap dan diberi khidmat sokongan dalam pembangunan enterprais. 

Antara program atau aktiviti yang sedang dijalankan ialah menguruskan subjek kursus Asas Keusahawanan – ETR300 / ENT300 bagi pelajar diploma dari pelbagai fakulti di UiTM Perlis. Di samping itu menguruskan Latihan Keusahawanan Siswa (LKS ) yang melibatkan empat semester bagi pelajar bahagian satu hingga empat. Menguruskan Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) bagi pelajar semester akhir diploma dan ijazah. Menguruskan program-program seminar / latihan keusahawanan jangka pendek untuk semua pelajar. 

Bagi memantapkan lagi program ini maka diwujudkan pula kelab keusahawanan adalah bertujuan menguruskan perjalanan Usahawan Muda sebagai latihan kepada pelajar yang berminat mendapatkan pengalaman berniaga khususnya perniagaan kedai runcit. Seterusnya kelab juga menjalankan aktiviti-aktiviti seperti lawatan Industri ke kilang-kilang dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan. 
 

Wassalam.

Sample Image

Prof. Madya Dr. Amran bin Awang
Koordinator MEDEC
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

2009

 

 

Sample Image

 
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah al Nisa’:29)
 
 
AKTIVITI
1. The 2nd Entrepreneurship and Management International Conference (EMIC 2009) 15 - 17th December 2009 
2. Program Pembangunan Usahawan atau Entrepreneurship Development Program (EDP) 
3. Program Skim Usahawan Siswazah (SUS)
4. Kursus Asas Keusahawanan Siswazah (KAKS) akan diadakan pada 16-20 November 2009. Klik di sini.
5. Perniagaan Kelab Usahawan Siswa (KUSIS).
6. Perniagaan Kolej.
7. Pasar Ramadhan.

Etika perniagaan 
1. Jujur, amanah dan ikhlas adalah akhlak utama dalam perniagaan. 
2. Peniaga yang tidak mengeluarkan zakat akan mendapat kemurkaan daripada Allah s.w.t.
3. Peniaga yang menipu, tidak jujur dan mengkhianati pelanggan tidak akan mendapat barkat dan dilaknat oleh Allah s.w.t.
4. Mereka yang hanya mengejar keuntungan duniawi akan mendapat balasan azab di hari akhirat.
5. Hindarkan dari bersifat tamak dalam perniagaan kerana tamak akan membawa kerugian.
6. Jangan asyik berniaga sehingga melalaikan ibadah sembahyang.
7. Elak daripada melakukan maksiat dalam urusan perniagaan seperti mengorat, bertepuk tampar lelaki perempuan, main mata dan sebagainya.
8. Menjual barangan yang memudaratkan manusia adalah ditegah dalam Islam seperti menjual rokok, arak, dadah dan sebagainya.
9. Jangan membuat fitnah dan kekacawan supaya jiran tutup perniagaan mereka.
10. Dengaki mendengki adalah dilarang dalam Islam. Oleh itu jika peniaga lain memperolehi keuntungan lebih janganlah dengki kerana rezeki masing-masing.
11. Jika pelanggan minta tawar janganlah bakhil sangat. Berilah diskaun mengikut keadaan.
12. Jika anda mendapat keuntungan lebih janganlah berlagak dan sombong kerana semua itu hanya pinjaman semata-mata. Ia akan pergi dengan sekelip mata.
 

TIP PENIAGA YANG BERJAYA
Merancang perniagaan dengan baik.
Percaya Allah s.w.t. yang memberi rezeki
Sentiasa beramal ibadah.
Jangan tinggal solat walau sesibuk mana sekalipun
Sentiasa adil terhadap pelanggan.
Sentiasa jujur dengan pelanggan.
Redalah dengan keuntungan yang ada
Perbaiki hubungan sesama rakan perniagaan.
Sentiasa memantau perjalanan perniagaan
Elak daripada melakukan riba
Utamakan kebajikan pekerja
Keluarkanlah zakat
 

Last Updated ( Tuesday, 27 October 2009 )
 

 


  ---